Gaji Bulan Ini

16 OKTOBER 2014 (Khamis)

GURU BERTUGAS MINGGU INI


Pn. Siti Nor Akmal (K), Pn. Linda, Pn. Fatimah, Pn. Hjh Azimah, Pn. Raja'ah, En. Hasnol Fitri



Showing posts with label 1M1S. Show all posts
Showing posts with label 1M1S. Show all posts

Thursday, July 12, 2012

Senamrobik Serentak 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia

10 JULAI 2012 - Seawal jam 7.30 pagi bertempat di Dataran Perhimpunan SKTM telah dijalankan satu Program Senamrobik Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia. Program peringkat sekolah telah dirasmikan oleh YDP PIBG SKTM dan turut dihadiri oleh ibu bapa yang berkesempatan. 

Perasmi sedang menarik 'banner' pelancaran...

Guru Besar bersemangat melakukan aktiviti senamrobik...

Sekumpulan murid-murid yang mengetuai senamrobik...

Sebahagian daripada murid-murid yang teruja menantikan gerakan seterusnya...

1 Malaysia...


Read more...

Friday, July 8, 2011

Dasar 1Murid 1Sukan

Program: Larian Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia
Tarikh : 2 Julai 2011

Latar Belakang:
Dasar ini mewajibkan setiap murid menyertai sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan di sekolah. Ia menyokong pelaksanaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang berhasrat untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.

Matlamat:
Dalam jangka masa panjang, dasar ini berhasrat membangunkan modal insan melalui penyertaan yang menyeluruh dari kalangan murid dalam kegiatan sukan sepanjang tahun serta memupuk budaya bersukan di kalangan murid sekolah agar menjadi ahli masyarakat yang mengamalkan gaya hidup sihat, cergas dan berdaya saing tinggi.

Objektif Dasar:
  • Meningkatkan kecergasan jasmani;
  • membentuk sahsiah, jati diri, disiplin dan nilai murni;
  • Memupuk perpaduan di antara kaum;
  • Membentuk budaya sukan di kalangan murid;
  • Memenuhi naluri semulajadi murid dalam aktiviti fizikal;
  • Memberi keseimbangan antara keperluan akademik dengan keperluan fizikal; dan
  • Mewujudkan landasan ke arah kecemerlangan sukan.

Pendaftaran seawal 6.30 pagi...

Sesi pemanasan badan...

Murid-murid memulakan larian, tepat pada jam 7.45 pagi...

Antara ibu bapa dan guru-guru yang turut berlari...

Murid Tahap 1 berlari di padang demi keselamatan...

Guru Besar dan YDP PIBG yang berjaya menamatkan larian...

Pertandingan Mewarna bagi Tahap 1 dan Melukis Poster bagi Tahap 2

Permainan 'Donut Terbang' yang merupakan trademark SKTM...


Read more...

Monday, May 31, 2010

Usaha Tangga Jaya...

31 MEI 2010 - SKTM terus melakar sejarah apabila murid Tahun 6, Muhammad Afiq dinobatkan sebagai JOHAN dalam pertandingan SPORTEXCELL MSIAN TENPIN BOWLING di Kuantan, Pahang pada 28 hingga 30 Mei yang lalu.

Selain itu, pada 20 Mei 2010, pasukan 4 x 200 meter lelaki dan perempuan berjaya menjadi JOHAN pasukan sekolah-sekolah jemputan sempena temasya sukan tahunan SJKT Tan Sri Dato' Manickavasagam.
Turut disampaikan sijil dan hadiah kepada murid-murid antaranya:

Penerima Sijil Penyertaan Hoki MSSD Batang Padang

Penerima hadiah Pertandingan Mewarna Sempena Hari Guru

Hadiah Persembahan Murid sempena Hari Guru

Manakala untuk persembahan murid kali ini menampilkan seorang murid yang mempunyai bakat besar dalam bidang pidato yang juga merupakan JOHAN dalam Pertandingan Pidato Peringkat Sekolah Rendah Agama Hulu Selangor iaitu Nazrin Ahmad Nazri.

Bakal pemimpin masa hadapan...

Read more...

Monday, May 3, 2010

Kejayaan Menutup Tirai April 2010

3 MEI 2010 - Pada 21 dan 22 April 2010, bertempat di Padang SMK Hamid Khan, Tapah telah menyaksikan pasukan kriket SKTM sekadar berjaya di tempat ke-3 keseluruhan dalam Kejohanan Kriket Bawah 12 Tahun Daerah dan salah seorang pemain iaitu Ahmad Khairul Anuar bin Shapri telah terpilih untuk mewakili daerah.

Manakala pada 24 hingga 27 April yang lalu, Afiq Isyaduddin bin Bahanoddin terus melakar kejayaan apabila berjaya menjadi JOHAN (Beregu), JOHAN (Berpasukan) dan Tempat Ke-9 (Individu) dalam Kejohanan Bowling Tenpin MSSM di Melaka.


SKTM turut menghantar wakil untuk acara 4X200 meter lelaki dan perempuan sekolah jemputan dalam Temasya Sukan Tahunan SK Methodist pada 29 April yang lalu. Keputusannya ialah pasukan lelaki berjaya menjadi JOHAN manakalan pasukan perempuan di tempat ke-2.

Syabas dan teruskan kecemerlangan SKTM.

Read more...

Monday, April 12, 2010

Melakar Kejayaan

12 April 2010 - SKTM terus melakar kejayaan demi kejayaan apabila berjaya mengharumkan nama sekolah dalam pertandingan di peringkat daerah mahupun peringkat negeri...

Bermula dengan Pertandingan Bowling Peringkat Daerah pada 22 Mac 2010 yang lalu, tempat pertama hingga ketiga kategori lelaki diungguli oleh peserta dari SKTM melalui Irsyaduddin bin Bahanoddin (Johan), Alfifuddin Luqman bin Bohanoddin (Kedua) dan Khairul Hazmie bin Khairuddin (Ketiga). Manakala Syazwanie bt Idris menjadi johan bagi kategori perempuan.

Pada 29 Mac 2010, Irsyaduddin bin Bohanoddin sekali lagi melakar sejarah apabila menjadi johan Peringkat Negeri Perak dan akan meneruskan perjuangan ke peringkat kebangsaan tidak lama lagi.

Pasukan Bola Sepak Kelompok 6 turut menjadi Johan Peringkat Daerah Batang Padang yang telah diadakan di Padang Awam Sungkai pada 6 April yang lalu.

Pasukan bola sepak SKTM menerima sumbangan berupa jersi, seluar dan stokin daripada bapa-bapa prihatin. Terima kasih daun keladi...

Pada 11 April 2010 yang lalu, SKTM sekali lagi menempa kejayaan apabila menjadi johan dalam acara larian 4 x 100 meter sekolah jemputan kategori lelaki sempena Temasya Sukan Tahunan SJKC Chung Sin.

Syabas dan tahniah diucapkan.

Read more...

Wednesday, April 7, 2010

Pertandingan Catur Peringkat Daerah Batang Padang

5 April 2010 - Bertempat di SMKA Slim River telah berlangsung Pertandingan Catur Peringkat Daerah Batang Padang. Dua orang murid SKTM telah mendapat tempat kedua dan keempat dan akan mewakili daerah ke peringkat negeri. Syabas kepada Ashraf Nazir bin Hamdan dan Anuar Asyran bin Anuar Basha.

Ashraf Nazir bin Hamdan...mewakili daerah ke peringkat negeri.


Anuar Asyran sedang sibuk berlatih...


Read more...

Followers