12 April 2010 - SKTM terus melakar kejayaan demi kejayaan apabila berjaya mengharumkan nama sekolah dalam pertandingan di peringkat daerah mahupun peringkat negeri...
Bermula dengan Pertandingan Bowling Peringkat Daerah pada 22 Mac 2010 yang lalu, tempat pertama hingga ketiga kategori lelaki diungguli oleh peserta dari SKTM melalui Irsyaduddin bin Bahanoddin (Johan), Alfifuddin Luqman bin Bohanoddin (Kedua) dan Khairul Hazmie bin Khairuddin (Ketiga). Manakala Syazwanie bt Idris menjadi johan bagi kategori perempuan.
Pada 29 Mac 2010, Irsyaduddin bin Bohanoddin sekali lagi melakar sejarah apabila menjadi johan Peringkat Negeri Perak dan akan meneruskan perjuangan ke peringkat kebangsaan tidak lama lagi.
Pasukan Bola Sepak Kelompok 6 turut menjadi Johan Peringkat Daerah Batang Padang yang telah diadakan di Padang Awam Sungkai pada 6 April yang lalu.
Pasukan bola sepak SKTM menerima sumbangan berupa jersi, seluar dan stokin daripada bapa-bapa prihatin. Terima kasih daun keladi...
Pada 11 April 2010 yang lalu, SKTM sekali lagi menempa kejayaan apabila menjadi johan dalam acara larian 4 x 100 meter sekolah jemputan kategori lelaki sempena Temasya Sukan Tahunan SJKC Chung Sin.
Syabas dan tahniah diucapkan.
Pada 29 Mac 2010, Irsyaduddin bin Bohanoddin sekali lagi melakar sejarah apabila menjadi johan Peringkat Negeri Perak dan akan meneruskan perjuangan ke peringkat kebangsaan tidak lama lagi.
Pasukan Bola Sepak Kelompok 6 turut menjadi Johan Peringkat Daerah Batang Padang yang telah diadakan di Padang Awam Sungkai pada 6 April yang lalu.

Syabas dan tahniah diucapkan.
No comments:
Post a Comment