1 JULAI 2010 - Adat pertemuan diakhiri perpisahan. Hari ini mencoretkan satu lagi kenangan bagi warga SKTM apabila seorang guru iaitu Puan Hajah Zaiton bt Abd. Karim bersara wajib setelah berkhidmat selama 20 tahun di SKTM, satu tempoh yang sangat lama dan penuh warna warni.
Majlis Persaraan beliau dijayakan dengan begitu lancar dan lebih bermakna dengan kehadiran Tuan Pegawai Pelajaran Daerah Batang Padang.Turut diraikan sebelum itu ialah Majlis Perpisahan Cikgu Nor Nazura yang bertukar ke SK Proton City dan En. Hamzan yang kini bertugas di PKG Slim River.
Read more...





