Gaji Bulan Ini

16 OKTOBER 2014 (Khamis)

GURU BERTUGAS MINGGU INI


Pn. Siti Nor Akmal (K), Pn. Linda, Pn. Fatimah, Pn. Hjh Azimah, Pn. Raja'ah, En. Hasnol Fitri



Friday, July 8, 2011

Dasar 1Murid 1Sukan

Program: Larian Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia
Tarikh : 2 Julai 2011

Latar Belakang:
Dasar ini mewajibkan setiap murid menyertai sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan di sekolah. Ia menyokong pelaksanaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang berhasrat untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.

Matlamat:
Dalam jangka masa panjang, dasar ini berhasrat membangunkan modal insan melalui penyertaan yang menyeluruh dari kalangan murid dalam kegiatan sukan sepanjang tahun serta memupuk budaya bersukan di kalangan murid sekolah agar menjadi ahli masyarakat yang mengamalkan gaya hidup sihat, cergas dan berdaya saing tinggi.

Objektif Dasar:
  • Meningkatkan kecergasan jasmani;
  • membentuk sahsiah, jati diri, disiplin dan nilai murni;
  • Memupuk perpaduan di antara kaum;
  • Membentuk budaya sukan di kalangan murid;
  • Memenuhi naluri semulajadi murid dalam aktiviti fizikal;
  • Memberi keseimbangan antara keperluan akademik dengan keperluan fizikal; dan
  • Mewujudkan landasan ke arah kecemerlangan sukan.

Pendaftaran seawal 6.30 pagi...

Sesi pemanasan badan...

Murid-murid memulakan larian, tepat pada jam 7.45 pagi...

Antara ibu bapa dan guru-guru yang turut berlari...

Murid Tahap 1 berlari di padang demi keselamatan...

Guru Besar dan YDP PIBG yang berjaya menamatkan larian...

Pertandingan Mewarna bagi Tahap 1 dan Melukis Poster bagi Tahap 2

Permainan 'Donut Terbang' yang merupakan trademark SKTM...

No comments:

Post a Comment

Followers