Gaji Bulan Ini

16 OKTOBER 2014 (Khamis)

GURU BERTUGAS MINGGU INI


Pn. Siti Nor Akmal (K), Pn. Linda, Pn. Fatimah, Pn. Hjh Azimah, Pn. Raja'ah, En. Hasnol Fitri



Wednesday, May 19, 2010

Hari Guru Hari Ini, Sambut Satu Negara...

17 MEI 2010 - Sambutan Hari Guru peringkat sekolah diraikan dengan penuh meriah dan mencipta sejarah yang tersendiri. Acara di tapak perhimpunan bermula dengan membaca perutusan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia oleh Cikgu Sahariddun dan diikuti oleh perutusan Menteri Pelajaran Malaysia oleh Cikgu Zamri. Seterusnya ucapan Hari Guru oleh Guru Besar dan ditutup dengan acara memotong Kek Hari Guru sumbangan Bank Rakyat Tanjong Malim.

Segmen kedua diteruskan dengan acara senaman Poco-Poco dan diikuti oleh acara sukaneka. Sebanyak dua acara sukaneka disediakan iaitu golek bola menggunakan kayu hoki dan permainan baling dan susun tin di Dataran Merah.

Bagi Segmen ketiga adalah acara di dewan. Acara bermula dengan perarakan masuk guru-guru ke dewan diiringi paluan kompang, nyanyian Lagu Negaraku dan Lagu Hari Guru seterusnya bacaan Ikrar Guru yang diketuai oleh Cikgu Zamri dan disambung dengan acara yang paling dinantikan iaitu acara persembahan. Sebanyak 7 persembahan murid-murid mengikut kelas dan 11 acara persembahan guru yang mengundang suasana gamat dan menghiburkan.

Guru-guru diarak memasuki dewan...

Lagu Hari Guru dan bacaan Ikrar Guru...

Acara sukaneka...

Macam-macam gaya...

Lagu Keinsafan Terbaik : Puteriku Sayang...

Persembahan Harmoni Kreatif Terbaik: Trek Tek Tek...

Persembahan Komedi Terbaik : Aci-Aci Buka Pintu versi Tamil...

Artis Vokal Terbaik : Rindu Lukisan...

Persembahan Menusuk Kalbu Terbaik : Sajak Oh Guru!

Persembahan Harmoni Terbaik:
Hari Guru Hari Ini...Sambut Satu Negara...ewahhhhh!


Persembahan Teknik Kreatif Terbaik: Guru-guru semasa muda...

Artis Harapan Terbaik : Widuri
Artis Persembahan Solo Terbaik: Yang...


Persembahan Komedi Sains Fiksyen Terbaik:
Aci-Aci Buka Pintu The Return versi Hindi...

Persembahan Istimewa:
Di Mana Suara Burung Kenari...


6 comments:

  1. aku suka tengak gaya poyo Salleh time sukanneka...poyo giler mamat ni ahaks....macam nak bertanding peringkat dunia lak gayanya hahahha

    ReplyDelete
  2. Itulah gaya atlit sejati...tapi mamat ni memang selalu over...hahahahahaha!

    ReplyDelete
  3. tau takpa...hhahaha.....suka gak tgk pose adhar macam menanti hawa aja hahhaha

    ReplyDelete
  4. dikir barat tAK NGAM BETUL PAKAI TAK SERAGAM KAWE RASA LAGU PUN MACIN DENGAN MUZIK

    ReplyDelete
  5. mari kelik kelate nak ajar. kalu kawe ajar kswe solek. tentu masuk af pun menang. tapi tahniah kerana mencuba. goyak ko orang kelate hak ada situ supaya jangan tinggal bahasa kelate

    ReplyDelete
  6. Yaacob :

    Baik tuan, persembahan pun suka-suka sahaja...dah 'kepala'nya bukan orang Kelantan...insya Allah lain kali...

    Segala kekurangan akan diperbaiki tapi tidaklah sampai nak masuk af tu...hihihihi...

    ReplyDelete

Followers