Gaji Bulan Ini

16 OKTOBER 2014 (Khamis)

GURU BERTUGAS MINGGU INI


Pn. Siti Nor Akmal (K), Pn. Linda, Pn. Fatimah, Pn. Hjh Azimah, Pn. Raja'ah, En. Hasnol Fitri



Thursday, May 20, 2010

Tokoh Guru SKTM 2010

Dilahirkan pada 1 Julai 1958 di Kampung Kuantan Kuala Selangor dan kemudiannya berhijrah ke Kampung Kurau, Banting kerana mengikut bapa yang mendapat pekerjaan sebagai tukang kebun di SK Kg. Bandar Banting.

Pendidikan awal di SK Kg. Bandar Banting bermula pada tahun 1965 hingga 1970 dan meneruskan pelajaran di SMK Telok Datok Banting sehingga Tingkatan 3 sebelum ditawarkan ke Sekolah Alam Shah Kuala Lumpur kerana memprolehi keputusan cemerlang dalam Sijil Rendah Pelajaran.
Mengikuti Tingkatan 6 di Sekolah Aminuddin Baki Kuala Lumpur dan kemudiannya melanjutkan pelajaran dalam bidang Diploma Sains dengan Pendidikan di UPM Serdang selama tiga tahun.

Pada 13 Julai 1981 hingga 1992, beliau berkhidmat di SMK Khir Johari dan mengajar mata pelajaran Fizik dan Matematik. Terkenal sebagai Guru Disiplin, beliau juga adalah Guru SPBT, Penasihat Kelab Rekreasi dan Kelab Komputer.

Beliau bertemu jodoh dengan Pn. Noor Azmah bt Suib dan dikurniakan 5 orang anak dan 2 orang cucu setakat ini.

11 tahun berkhidmat sebagai guru, beliau dinaikkan pangkat menjadi Guru Besar di SK Besout 4 dan kemudiannya ke SRK Slim River apabila terlibat dengan pertukaran gred DG5 ke DG4. Ketika ini beliau juga merupakan Guru Sumber Sains peringkat negeri dan ketua pemeriksa Sains dan Matematik UPSR serta terlibat memberi ceramah kepada guru besar khususnya dalam perubahan kurikulum KBSR.

Atas permohonan, beliau bertukar ke SK Methodist pada tahun 1997 - 2000 dan terlibat dengan pembinaan Modul Kelas Pintas serta menjadi Pengerusi Majlis Guru Besar Daerah Batang Padang.

Pengalaman terus ditimba apabila menjawat jawatan Pegawai Teknologi Pendidikan di BTP dan sempat menerbitkan beberapa program Pendidikan Moral dan Kajian Tempatan untuk siaran TV Pendidikan. Seterusnya ditugaskan sebagai Pengelola Kanan Bahagian Sekolah dan terlibat dengan pembentukan dasar yang membabitkan program susu sekolah, program 3K, Skim Takaful Pelajar dan Skim Baucer Tuisyen.

Pada tahun 2002, beliau ditawarkan menjadi Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Batang Padang yang menjalankan tugas berkaitan pelaksanaan ISO, pelantikan penolong kanan dan guru besar, pertukaran guru-guru dan guru besar, penilaian prestasi guru penolong kanan dan guru besar serta menguruskan aduan berkaitan sekolah.

Beliau seterusnya mengikuti kursus NPQH di IAB Utara pada tahun 2004 dan kemudiannya meneruskan pengajian ke peringkat ijazah sarjana muda di UPSI sambil menjawat jawatan Guru Besar SKTM mulai 17 Mac 2005.

Sekalipun sibuk dengan tugas sebagai Pembina , Penggubal dan Pentaksir Soalan untuk guru besar DGA32, beliau kini melanjutkan pelajaran ke peringkat Master Dalam Pengurusan Pendidikan.

Percaya bahawa kemiskinan bukan faktor penghalang untuk berjaya, titipan beliau menjadi pendorong kepada murid-murid SKTM untuk terus cemerlang melakar kejayaan dalam bidang akademik dan kokurikulum sehingga ke peringkat negeri dan kebangsaan.

Tokoh Guru yang dimaksudkan ialah Tuan Haji Abdul Kadir bin Haji Jaafar.

**********************************************************************

Dilahirkan di Kampung Seri Lalang, Rantau, Negeri Sembilan dan bersekolah di Sekolah Umum Rantau (SK Datuk Kelana, Rantau) sebelum ditawarkan ke Sekolah Berasrama Penuh Tun Fatimah, Johor Bahru namun ditolak kerana faktor kemiskinan. Terpaksa akur, beliau akhirnya meneruskan persekolahan di Sekolah Menengah Rantau.

Berkat kesungguhan dan cita-cita yang tidak pernah luntur, akhirnya beliau berjaya menempatkan diri di Pusat Latihan Harian Johor Bahru ( Maktab Perguruan Johor Bahru). Sangat aktif dalam bidang sukan dan pernah terpilih sebagai pemain bola jaring dan hoki peringkat negeri sebanyak tiga kali.

Bertemu jodoh dengan Nordin bin Mohammad dan mempunyai tujuh orang anak dan setakat ini sembilan orang cucu.

Perkhidmatan beliau bermula di SK Sega, Rantau kemudian di SK Rantau B dan pada Disember 1989, beliau bertukar ke SKTM kerana mengikut suami ketika itu. Pernah menjawat jawatan penting antaranya Guru Kanan Koku dan Guru Kanan Pentadbiran pada tahun 1999. Turut ditawarkan jawatan sebagai Guru Penolong Kanan Kokurikulum di SK Besout 3 tetapi ditolak kerana faktor kesihatan. Telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang sebanyak dua kali iaitu pada tahun 1996 dan 2006.

Tokoh Guru berikutnya adalah Puan Hajah Zaiton bt Abd. Karim.

Tokoh-tokoh Guru SKTM bergambar bersama NYDP PIBG.

No comments:

Post a Comment

Followers