Gaji Bulan Ini

16 OKTOBER 2014 (Khamis)

GURU BERTUGAS MINGGU INI


Pn. Siti Nor Akmal (K), Pn. Linda, Pn. Fatimah, Pn. Hjh Azimah, Pn. Raja'ah, En. Hasnol Fitri



Monday, April 26, 2010

Perkhemahan Anugerah Rambu Pengakap

26 APRIL 2010 - Seramai 5 orang pengakap SKTM telah menyertai Perkhemahan Anugerah Rambu Pengakap Peringkat Negeri Perak di Pusat Kokurikulum Batang Padang pada 16 hingga 18 April yang lalu. Kesemua ahli pengakap tersebut telah LULUS dengan CEMERLANG dan mereka adalah Nur Hannani bt Khairul Anuar, Mariam Solehah bt Zulkefli, Nur Farhana bt Adnan, Nor Amira bt Shamsuddin dan Nor Ashikin bt Zaharuddin.

Manakala Immanuel Tharumakan a/l David Tharumakan telah menyertai Kejohanan Badminton MSSPK Bawah 12 tahun bertempat di Kompleks Sukan Majlis Bandaraya Ipoh juga pada 16 hingga 18 April yang lalu.

Acara menyemat rambu dan penyampaian sijil penyertaan
yang disempurnakan oleh Guru Besar SKTM


Read more...

Monday, April 19, 2010

Juara Segala Juara...

JAYA JUSCO IPOH -18 MAC 2010, satu kejohanan bowling telah diadakan bagi merebut PIALA TN HJ ABDUL KADIR. Kejohanan ini dianjurkan oleh Badan Kebajikan Staf (BAKES) SKTM dan disertai oleh 10 buah pasukan yang hebat-hebat belaka.

Berikut adalah keputusan kejohanan:

Pemenang Piala Tn. Hj. Abdul Kadir : En. Mukhrizal bin Makhtar

Kategori Lelaki:

1. En. Mukhrizal bin Makhtar - 406 (Johan)
2. En. Mohd. Kamal bin Hj. Tahir - 372 (Naib Johan)

3. Adik Aiman bin Roslisham - 370 (Ke-3)

4. En. Roslisham - 366
5. En. Sallehuddin - 345
6. En. Nizarudin - 329
7. En. Adhar - 326
8. En. Azizi - 318
9. En. Hafidz - 315
10. En. Saiful - 308
11. Tn. Megat Nurzahirudin - 307
12. En. Azman - 293
13. En. Firdaus - 280
14. En. Sahariddun - 275
15. En. Shahrudin - 267
16. En. Noridzwan - 251
17. Tn. Megat Norddin - 244
18. En. Suhaili - 237
19. En. Hayadi - 232
20. En. Aidil - 205
21. En. Abd. Kadir - 194
22. En. Nadzari - 194


Kategori Perempuan:

1. Pn. Norafiza bt Nordin (Johan)
2. Pn. Suhaila bt. Hashim (Naib Johan)
3. Pn. Zaliah bt. Hassan (Ke-3)
4. Pn. Shahidayani - 236
5. Cik Siti Hawa - 226
6. Pn. Noridzwin - 223
7. Pn. Dzakhiiriah - 193
8. Pn. Norazfariah - 154

Berkumpulan:

1. Kumpulan 3 : Mohd. Kamal, Norazizi, Norafiza (Johan)
2. Kumpulan 9 : Firdaus, Mukhrizal, Suhaila (Naib Johan)
3. Kumpulan 7 : Abd. Kadir, Roslisham, Aiman
(Ketiga)
4. Kumpulan 10 : Azman, Adhar, Siti Hawa
5. Kumpulan 8 : Saiful, Sahariddun, Hayadi
6. Kumpulan 1 : Sallehuddin, Shahrudin, Dzakhiirah
7. Kumpulan 2 : Mohd Hafiz, Noridzwan, Shahidayani
8. Kumpulan 4 : Nizarudin, Noridzwin, Norazfariah
9. Kumpulan 5 : Zaliah, Megat Norddin, Megat Nurzahirudin
10. Kumpulan 6 : Aidil, Suhaili, Nadzari

Syabas kepada pemenang..."Majulah Sukan Bowling Untuk SKTM"

Gambar penuh di Facebook | Sekolah Kebangsaan Tanjong Malim
Read more...

Sunday, April 18, 2010

SKTM Boleh...

PADANG SKTM - 17 April 2010: Temasya sukan tahunan telah berjaya diadakan dalam suasana yang penuh gilang gemilang dan dirasmikan oleh Y.B. Dato' Seri Ong Ka Chuan. Sekalung penghargaan terima kasih kepada Y.B. Dato' Seri atas kesudian merasmikan temasya sukan tahunan SKTM kali ini. Y.B. Dato' Seri turut berbesar hati menyumbangkan sejumlah RM 10,000.00 untuk keperluan sekolah termasuk menaiktaraf pusat sumber sekolah.

Lagi gambar dalam Facebook | Sekolah Kebangsaan Tanjong Malim

Read more...

Monday, April 12, 2010

Melakar Kejayaan

12 April 2010 - SKTM terus melakar kejayaan demi kejayaan apabila berjaya mengharumkan nama sekolah dalam pertandingan di peringkat daerah mahupun peringkat negeri...

Bermula dengan Pertandingan Bowling Peringkat Daerah pada 22 Mac 2010 yang lalu, tempat pertama hingga ketiga kategori lelaki diungguli oleh peserta dari SKTM melalui Irsyaduddin bin Bahanoddin (Johan), Alfifuddin Luqman bin Bohanoddin (Kedua) dan Khairul Hazmie bin Khairuddin (Ketiga). Manakala Syazwanie bt Idris menjadi johan bagi kategori perempuan.

Pada 29 Mac 2010, Irsyaduddin bin Bohanoddin sekali lagi melakar sejarah apabila menjadi johan Peringkat Negeri Perak dan akan meneruskan perjuangan ke peringkat kebangsaan tidak lama lagi.

Pasukan Bola Sepak Kelompok 6 turut menjadi Johan Peringkat Daerah Batang Padang yang telah diadakan di Padang Awam Sungkai pada 6 April yang lalu.

Pasukan bola sepak SKTM menerima sumbangan berupa jersi, seluar dan stokin daripada bapa-bapa prihatin. Terima kasih daun keladi...

Pada 11 April 2010 yang lalu, SKTM sekali lagi menempa kejayaan apabila menjadi johan dalam acara larian 4 x 100 meter sekolah jemputan kategori lelaki sempena Temasya Sukan Tahunan SJKC Chung Sin.

Syabas dan tahniah diucapkan.

Read more...

Thursday, April 8, 2010

Temasya Sukan Tahunan SKTM Tahap 1

Tarikh: 8 APRIL 2010
Masa : 7.30 pagi
Perasmian oleh : Encik Samri bin Embong, NYDP PIBG

Perasmi sedang memberi ucapan...

Barisan Pengacara Majlis dan Pencatat Dalam...

Puteri Pelangi SKTM dengan persembahan Poco-Poco di bawah pimpinan Pn. Noor Nazura dan Cik Siti Hawa

Gambar penuh dalam Facebook | Sekolah Kebangsaan Tanjong Malim


Read more...

Wednesday, April 7, 2010

Pertandingan Catur Peringkat Daerah Batang Padang

5 April 2010 - Bertempat di SMKA Slim River telah berlangsung Pertandingan Catur Peringkat Daerah Batang Padang. Dua orang murid SKTM telah mendapat tempat kedua dan keempat dan akan mewakili daerah ke peringkat negeri. Syabas kepada Ashraf Nazir bin Hamdan dan Anuar Asyran bin Anuar Basha.

Ashraf Nazir bin Hamdan...mewakili daerah ke peringkat negeri.


Anuar Asyran sedang sibuk berlatih...


Read more...

Monday, April 5, 2010

Program 'Dare To Change' SKTM

Isnin, 5 April 2010 - Pengisian semasa perhimpunan pagi kali ini antara lain ialah penyampaian kalungan pingat kepada pemenang Kejohanan Olahraga MSSPK Peringkat Daerah Batang Padang baru-baru ini. SKTM memperolehi tempat kedua dalam acara 200 meter lelaki melalui Mohd. Fauzi bin Talib dan tempat ketiga bagi acara 4 X 100 meter lelaki yang diwakili oleh Mohd. Taufiq Haris bin Khairul Watan, Amirul Afiq, Megat Najimuddin dan Mohd. Fauzi. Syabas dan tahniah!

Pn. Yusni, GPK Kokurikulum SKTM bergambar bersama pemenang...

Turut diperkenalkan satu program berkonsepkan 'Dare To Change' yang lahir daripada cetusan idea Guru Besar agar guru-guru SKTM berani tampil mencipta perubahan kepada beberapa perkara yang perlu untuk memantapkan lagi organisasi sekolah.

Antara 3 perubahan awal yang dilaksanakan serta merta adalah berkaitan dengan pengurusan masa, 'zero' tong sampah dan susun atur perbarisan semasa perhimpunan.

Struktur barisan menempatkan murid-murid perempuan berbaris di belakang murid-murid lelaki dan tidak lagi di sisi...

Barisan mengikut kelas diapit oleh Pengawas Sekolah hadapan dan belakang...

Pengawas Pusat Sumber turut diberi peranan bersama-sama mengawal barisan mengikut kelas.


Read more...

Friday, April 2, 2010

Sekitar Majlis Pelancaran Weblog dan Facebook SKTM...

Acara mengklik pautan sebagai tanda pelancaran Blog dan Facebook SKTM.

Barisan Guru-Guru Penolong Kanan...

Antara 'orang-orang kuat' SKTM...

Guru Besar dan Pengerusi BAKES sedang berbincang sesuatu...

Lagi gambar di Facebook | Sekolah Kebangsaan Tanjong Malim...

Read more...

LAGU SEKOLAH

SKTM
(SEKOLAH KEBANGSAAN TANJONG MALIM)

SKTM sekolah kesayanganku
Di Tanjong Malim mula terdiri
Sekolah tertua tiada saingan
Riwayatnya banyak tiada terperi

1895 wujud
Berdiri tegak payung mahkota
Berbakti berhemah ilmu ditaburkan
Maju sekolah majulah bangsa

Kami murid-murid di sekolah ini
Berikrar berjanji setiap masa
Maju dan jaya cita-cita kami
Maju SKTM ke puncak jaya
Maju SKTM ke puncak jaya.

Read more...

Thursday, April 1, 2010

Mesyuarat Agung Tahunan BAKES 2010 dan Pelancaran Blog Sesawang Sekolah & Facebook

Tarikh : 1 APRIL 2010
Tempat : Makmal Komputer
Masa : 3.00 petang





Read more...

Pindah Tangan

Bermula 1 April 2010, Blog Sekolah Tanjong Malim dikendalikan oleh En. Sahariddun bin A. Rani. Pengendali blog sebelum ini iaitu Ustaz Muhammad Sallehuddin bin Kamaruddin tidak lagi mengendalikan dua blog penting sekaligus sebaliknya akan memberi tumpuan kepada pembangunan Blog PIBG SKTM.

Diharap pembahagian tugas sebegini akan memantapkan lagi kedua-dua blog tersebut demi merealisasikan fungsi penubuhannya seiring dengan aspirasi sekolah.

Ustaz Muhammad Sallehuddin, mantan admin Blog SKTM yang cemerlang, gemilang dan terbilang...


Read more...

Kem Bestari Solat j-QAF Peringkat 1 (Tahun 1)

KEM BESTARI SOLAT KBS JQAF
Tempat : Dewan Terbuka SKTM
Tarikh : 18 dan 19 Februari 2010
Sasaran : Tahun Satu Penganjur : Guru JQAF dan GPI


Dicatat semula oleh : SAHARIDDUN A. RANI


Read more...

Followers