Isnin, 5 April 2010 - Pengisian semasa perhimpunan pagi kali ini antara lain ialah penyampaian kalungan pingat kepada pemenang Kejohanan Olahraga MSSPK Peringkat Daerah Batang Padang baru-baru ini. SKTM memperolehi tempat kedua dalam acara 200 meter lelaki melalui Mohd. Fauzi bin Talib dan tempat ketiga bagi acara 4 X 100 meter lelaki yang diwakili oleh Mohd. Taufiq Haris bin Khairul Watan, Amirul Afiq, Megat Najimuddin dan Mohd. Fauzi. Syabas dan tahniah!
Turut diperkenalkan satu program berkonsepkan 'Dare To Change' yang lahir daripada cetusan idea Guru Besar agar guru-guru SKTM berani tampil mencipta perubahan kepada beberapa perkara yang perlu untuk memantapkan lagi organisasi sekolah.
Antara 3 perubahan awal yang dilaksanakan serta merta adalah berkaitan dengan pengurusan masa, 'zero' tong sampah dan susun atur perbarisan semasa perhimpunan.
Struktur barisan menempatkan murid-murid perempuan berbaris di belakang murid-murid lelaki dan tidak lagi di sisi...
Turut diperkenalkan satu program berkonsepkan 'Dare To Change' yang lahir daripada cetusan idea Guru Besar agar guru-guru SKTM berani tampil mencipta perubahan kepada beberapa perkara yang perlu untuk memantapkan lagi organisasi sekolah.
Antara 3 perubahan awal yang dilaksanakan serta merta adalah berkaitan dengan pengurusan masa, 'zero' tong sampah dan susun atur perbarisan semasa perhimpunan.
No comments:
Post a Comment