Gaji Bulan Ini

16 OKTOBER 2014 (Khamis)

GURU BERTUGAS MINGGU INI


Pn. Siti Nor Akmal (K), Pn. Linda, Pn. Fatimah, Pn. Hjh Azimah, Pn. Raja'ah, En. Hasnol Fitri



Monday, June 28, 2010

20 Tahun Lamanya...

28 Jun 2010 - 20 tahun di SKTM merupakan satu tempoh panjang bagi Pn. Hjh. Zaiton menabur bakti di SKTM yang akhirnya akan bersara pada minggu ini. Segala jasa dan pengorbanan beliau pastinya akan dikenang sehingga ke akhir hayat. Pada perhimpunan kali ini, beliau telah diberi kesempatan oleh Guru Besar untuk memberi ucapan ringkas dan setiap bait ayat dipenuhi dengan kata-kata semangat dan kenangan.

Terima kasih Cikgu!

Seperti biasa, penyampaian hadiah kali ini adalah berikutan penyertaan murid SKTM dalam aktiviti luar sepanjang minggu lepas. Pada 23 Jun 2010, seramai 2 orang murid SKTM telah menyertai 'Program Learning Computer Without Using Computer' dan 2 orang lagi menyertai 'Program Pembangunan Blog' anjuran Fakulti Teknologi Maklumat Dan Komunikasi UPSI. Bagi Program Pembangunan Blog, seorang murid SKTM telah terpilih sebagai Blogawan Terbaik bersama 2 orang lagi peserta dari sekolah menengah iaitu Ammar Imran Hazim bin Zamri (5 Sabar).

Blogawan Muda dan Pakar IT masa hadapan...

Turut disampaikan ialah hadiah kepada murid-murid yang berjaya mencipta nama dalam aktiviti Persatuan Bulan Sabit Merah yang diadakan di SKMA Slim River pada hari Jumaat dan Sabtu yang lalu.

Ahli PBSM sekolah yang berjaya mencipta nama...


Bagi Kehadiran Kelas Terbaik minggu lepas disandang oleh Kelas 1K. Manakala Keceriaan Kelas dimenangi oleh Kelas 1 Sabar (Tahap 1) dan 4 Kasih (Tahap 2).

Ketua Kelas menerima hadiah masing-masing...

Persembahan minggu ini disampaikan oleh 3 wakil murid dari Kelas 2 K.

No comments:

Post a Comment

Followers